Thursday 1 August 2013

Stress Mengancam Jiwa



Stress secara umumnya melibatkan emosi, gaya pemikiran, dan keadaan diri seseorang. Stress memberi tekanan kepada hidup seseorang. Stress juga boleh mewarnai kehidupan seseorang. Sama ada secara baik mahupun secara buruk.

Punca-punca stress pelbagai peringkat umur :

1. Kanak-kanak
  • tak dapat mainan atau barang yg mereka nak
  • dibuli rakan sepermainan
2. Remaja
  • masalah cinta
  • masalah exam 
  • masalah keluarga
3. Dewasa
  • masalah kewangan
  • masalah rumah tangga
  • masalah kerja
4. Warga emas
  • masalah anak-anak

Tanda-tanda stress :
  1. Berpeluh
  2. Pening kepala
  3. Degupan jantung kencang
  4. sakit-sakit badan terutamanya di bahu dan belakang badan
  5. Tiada selera makan
  6. Mudah lupa
  7. Terlalu inginkan kesempurnaan
  8. Agresif
  9. Mudah kecewa
  10. Cemburu dengan kejayaan orang lain

Apakah caranya bagi mengatasi stress?

1. Tarik nafas dan tahan selama 8 saat. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan (selama yg mungkin).
    ---->> Cara yg efektif dapat melegakan stress dengan kadar yg segera. Mesti Cuba.

2. Menangis. Secara saintifik nya, menangis dapat mengurangkan stress seseorang. Rembesan air mata yg keluar adalah bersama dengan tekanan yg dihadapi. Jadi tidak hairan lah individu tersebut merasa lebih lega dan tenang dari sebelumnya.

3. Berfikir sejenak. Setiap permasalahan pasti ada sebab dan kesannya. Dalam Islam, kita wajib beriman dengan qada dan qadar. Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma masalahnya, sama ada cepat atau lambat individu tersebut 'nampak' dan 'sedar' akan hikmahnya. 

Stress Mengancam Jiwa

Kadang-kadang apabila stress, secara tak lansung boleh memberi kesan kepada orang yg berada dekat dengan kita. Justeru, jika kita rasa stress, janganlah kita mengheret orang di sekililing kita ke lembah stress yg kita hadapi. Sepatutnya, kita perlu bersikap profesional dalam menghadapi masalah. Sebagai contoh, mengawal perasaan dengan lebih matang. Jika ingin meluah perasaan kepada orang yg dipercayai, luah lah perasaan tu sebaiknya. Selalunya, stress boleh berjangkit dari tingkah laku yg dapat dilihat dari fizikal dan lisan. 

Wahai insan, tiada seorang pun yg dapat lari dari masalah di dunia ini. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W semasa hayatnya sudah berdepan dengan bermacam-macam dugaan dan masalah, baginda tenang menghadapi ujian dari Allah S.W.T. Inikan kita umatnya. 

Melafazkan dan menzahirkan stress tu adalah amalan yg tidak sihat. 

Ungkapan yang sering membuatkan orang lain stress juga perlu dihindar.

Setiap manusia ada masalah masing-masing. 

Janganlah kita bersikap menambahkan masalah orang lain.

Hal ini merugikan diri sendiri dan tidak semena mena orang lain yg menjadi mangsa.