Sunday 27 January 2013

kepercayaan

Susah aku nak percaya orang. Macam-macam ragam. Macam-macam kerenah. Macam-macam perangai. Manusia ni ada macam-macam jenis. Memang la semuanya nampak sama, bak kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Berlandaskan prinsip inilah, "TIDAK MUDAH PERCAYAKAN ORANG" baru individu tersebut dapat survive dengan kehidupan yang sebenar. Jangan terlalu percayakan seseorang. Kadang-kadang orang yang kita paling percaya tu juga boleh tikam kita senyap-senyap dari belakang. Jadi, berwaspadalah wahai insan. 

fesyen itu satu pembaziran.

Dunia kini bertambah maju seiring dengan teknologi yang semakin canggih. Tidak ketinggalan juga fesyen. Fesyen berubah mengikut aliran masa. Namun apa yang menyedihkan adalah fesyen yang semakin melampau telah diserapkan dan dibudayakan oleh segenap lapisan masyarakat malah kepada anak-anak muda yang kian membesar. Anak-anak muda pada era moden ini semakin hari semakin tenggelam dan hanyut dalam fesyen yang "entah pape" .

Fesyen yang keterlaluan misalnya dari segi pakaian sedikit sebanyak memburukkan pandangan dan merosakkan akhlak generasi yang mentah kini. Terutamanya kaum hawa. Ada yang menampilkan fesyen yang terlalu "OVER" dan terlalu mendedahkan tubuh badan. Sehinggakan sanggup menayangkan "BODY" demi memperagakan fesyen yang kononnya sangat diorang minati dan menjadi trend artis terkini. Oh,alangkah sedihnya golongan ini.

Fesyen ibarat pasir di tepi pantai sekali ombak datang bawak pergi habis dan ibarat nyalaan lilin yang menyala,apabila habis nyalaannya, maka habisah lilin itu. Di mana sesekali sesuatu trend itu datang, maka dalam tempoh-tempoh yang tertentu, trend itu juga akan lenyap begitu juga. Saya sebagai anak muda yang masih melalui zaman remaja juga turut berisiko untuk tidak terlepas dari senario sebegini.

Nauzubillah..... Marilah kita sama-sama berdoa agar terhindar dari segala yang buruk ini.

Wahai anak-anak muda sekalian, sedarlah sebelum terlambat. Jangan tenggelam dalam bahana fesyen yang menjerat diri anda. Bukan sahaja duit anda yang habis, dosa pun dapat kalau dah sampai over sangat fesyen tu haa...



Segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri. Maaf andai kata-kata saya ini mengganggu jiwa anda. Tapi ini cuma pendapat sesama manusia.

# tak mau page dikotori dengan gambar2 yang "entah pape" nehhh. (: