Thursday 1 August 2013

Stress Mengancam Jiwa



Stress secara umumnya melibatkan emosi, gaya pemikiran, dan keadaan diri seseorang. Stress memberi tekanan kepada hidup seseorang. Stress juga boleh mewarnai kehidupan seseorang. Sama ada secara baik mahupun secara buruk.

Punca-punca stress pelbagai peringkat umur :

1. Kanak-kanak
  • tak dapat mainan atau barang yg mereka nak
  • dibuli rakan sepermainan
2. Remaja
  • masalah cinta
  • masalah exam 
  • masalah keluarga
3. Dewasa
  • masalah kewangan
  • masalah rumah tangga
  • masalah kerja
4. Warga emas
  • masalah anak-anak

Tanda-tanda stress :
  1. Berpeluh
  2. Pening kepala
  3. Degupan jantung kencang
  4. sakit-sakit badan terutamanya di bahu dan belakang badan
  5. Tiada selera makan
  6. Mudah lupa
  7. Terlalu inginkan kesempurnaan
  8. Agresif
  9. Mudah kecewa
  10. Cemburu dengan kejayaan orang lain

Apakah caranya bagi mengatasi stress?

1. Tarik nafas dan tahan selama 8 saat. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan (selama yg mungkin).
    ---->> Cara yg efektif dapat melegakan stress dengan kadar yg segera. Mesti Cuba.

2. Menangis. Secara saintifik nya, menangis dapat mengurangkan stress seseorang. Rembesan air mata yg keluar adalah bersama dengan tekanan yg dihadapi. Jadi tidak hairan lah individu tersebut merasa lebih lega dan tenang dari sebelumnya.

3. Berfikir sejenak. Setiap permasalahan pasti ada sebab dan kesannya. Dalam Islam, kita wajib beriman dengan qada dan qadar. Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma masalahnya, sama ada cepat atau lambat individu tersebut 'nampak' dan 'sedar' akan hikmahnya. 

Stress Mengancam Jiwa

Kadang-kadang apabila stress, secara tak lansung boleh memberi kesan kepada orang yg berada dekat dengan kita. Justeru, jika kita rasa stress, janganlah kita mengheret orang di sekililing kita ke lembah stress yg kita hadapi. Sepatutnya, kita perlu bersikap profesional dalam menghadapi masalah. Sebagai contoh, mengawal perasaan dengan lebih matang. Jika ingin meluah perasaan kepada orang yg dipercayai, luah lah perasaan tu sebaiknya. Selalunya, stress boleh berjangkit dari tingkah laku yg dapat dilihat dari fizikal dan lisan. 

Wahai insan, tiada seorang pun yg dapat lari dari masalah di dunia ini. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W semasa hayatnya sudah berdepan dengan bermacam-macam dugaan dan masalah, baginda tenang menghadapi ujian dari Allah S.W.T. Inikan kita umatnya. 

Melafazkan dan menzahirkan stress tu adalah amalan yg tidak sihat. 

Ungkapan yang sering membuatkan orang lain stress juga perlu dihindar.

Setiap manusia ada masalah masing-masing. 

Janganlah kita bersikap menambahkan masalah orang lain.

Hal ini merugikan diri sendiri dan tidak semena mena orang lain yg menjadi mangsa.




Friday 15 March 2013

part 2 / 2013

Permulaan semester 2 penuh dengan onak duri dugaan. Macam tak layak je diri diuji sebegini. Tapi takpe.. Ada hikmahnya tu haa. Memilih untuk tidak apply kolej. Jadi terpaksa la sewa rumah. Rumah 1st penuh dengan masalah. Air,elektrik,transport walaupun rumah luas selesa. Tapi hidup rasa serabut sangat akibat masalah air dan elektrik. Pun takde semangat nak kemas-kemas barang. Tiba-tiba muncul masalah baru. Shortcut ke faculty dah tak boleh guna. Aaa guane nak ke kelas? Transport takde. Oleh sebab masalah banyak sangat kt rumah tu, geng aku decide nak pindah rumah baru. Cari punya cari dapat akhirnya. Fully furnished. Dah survey. Dan sangat berpuas hati.So, a few days later, kitorang move ke rumah baru. Baru rasa macam rumah. Boleh tarik nafas lega masing-masing. Tidur pun lena. Makan 24hours no worry. Haha. Kiri,kanan,depan,belakang, sume kedai makan. Dah takde masalah. Transport guna kaki pun dah boleh sampai faculty. Alhamdulillah..........

Bercakap pasal kelas, subjek sume tough semester neh. Budak engin. More to imagination yang kena apply untuk show jalan kira, formula, equation, segala bagai. Orang cakap budak engin neh serabut serabai. Memang pun. Sebab macam-macam nak kena perah otak mikir benda  logik berasas untuk solve even benda simple pada mata kasar, padahal complex nak mampus! Hoho. Tapi aku tak kisah. Asalkan aku dapat lari dari kos yang berkait dengan biology. Oh, biology. Subjek yang paling aku letak rank paling di bawah sekali. Hahaha. 

Life is still life. No serabut serabut. Hidup kena relax. Think positive all the time. And aku paling pantang ble orang tu serabut, then habis sume orang dia nak spread kan dia punya serabut tu. Dari yang ok, tros jadi serabut. Haa, tolonglah JANGAN jadi macam tu ye. Kalau kau nak serabut, sila serabut sorang-sorang ye. Jangan sebarkan virus serabut kau tuu kat orang lain ye. 

Pokoknya, hidup neh banyak yang kau bakal terokai. Makin bertambah usia, makin banyaklah benda dan hal akan mematangkan kau... Peace yoooo!!


Tuesday 19 February 2013

My Bestie



Najwa Ahmad.                                                                   

Teman yang selalu ada dengan aku tak kira masa sedih susah gembira and gila-gila.

Waktu sedih dia hadir mengubat luka aku.

Waktu gembira dia tak pernah lupa aku.

Walaupun jarak kami semakin jauh saban hari, tapi ikatan ni tetap kukuh concrete nya. kehkehkeh.

Kami selalu kuar sekali. Teman sekepala. Dia tau keperluan aku. Aku tau keperluan dia.

Apa keperluan yang dimaksudkan? jeng jeng jeng.

Keperluan untuk jejalan. hehehe. Memang tak lekat rumah kami bila dah skali jumpa. Turut serta, eja. hewhewhew.

Namun terasa pelik bila difikirkan kembali. Kami kurang rapat masa sekolah. Bila form 5 kelas skali pun tak serapat macam kitorang rapat sekarang. Aneh. Ya. Memang ganjil. 

Tapi takdir jodoh pertemuan. Siapa tau kami boleh rapat sebegini rupa.



Izzati Ishak, aka Eja.                                                               
Mesra dengan panggilan eja oleh geng kami. 

The special thing about her is she being herself. 

A girl who is good at self-reliant no matter wherever she goes.

Walaupun kami bukan teman sepermainan, tapi kami teman seperjuangan.

Terkenang zaman mula-mula kenal.

Pernah rapat. Pernah gaduh besar. Pernah rapat kembali. Dan sampai sekarang hubungan kami rapat.

Senang cite, eja memang sekepala dengan aku.

Suka SHOPPING. Suka HOOREY HOOREY. Suka HUHA HUHA. Suka JALAN-JALAN. Suka LEPAK-LEPAK. Suka TRAVEL. 

Kami punyai minat yang sama tapi perangai yang berbeza. huah huah huah.

Banyak barang yang kami saja beli sama and beli sekali. Secara sengaja. kekeke.

Antaranya ;

same dress

tak sempat spek mata nak bgmbar sekali. keh.keh.keh
Em, kami selalu lepak sama. Dengan seorang lagi bestie aku, najwa. 

Asal free je, lepak. Asal free je, shopping. Even poket tengah kering. he he he  


Nasuha Najwa aka Usha.                    

Insan yang selalu dibuli. hehehe

Sopan, lemah lembut, baik, dan lurus orangnya.

Sekelas dari form 2 - 4.

Tapi malangya usha jenis malas jejalan. Suka peluk bantal busuk kat rumah je. wakaka.

Dek masalah kediaman jauh dari bandar, usha jarang dapat kuar lepak sama.

Tapi jenis kaki jalan gak neh. jauh-jauh punya jalan baru dia layan. kehkehkeh.

Dah jarang dapat jumpa si dia neh. Rindu sama hg. haha

Adilah aka adele.                         

Sekelas dari form 2 - 5.

Kerapatan terjalin semasa form 5. Dek usha meninggalkan kelas menuju kelas yg lebih arif. hek hek hek. 


Seorang yang humble, cute, dan berbudi bahasa.


Sering lepak kat rumah aku sebab kami tusyen sekali dulu.   


Apa yg menarik tentang dia ni?


Si dia neh seorang yang sangat setia.


Setia pada yang satu. amboih jiwang la pulak. 


back to normal.


kami selalu gaduh sampai tumbuk sana-sini. eh. itu dah over tu. hehe


Hafizah Razak aka Jah...

Budak medic. Bakal doktor masa hadapan.

Kami dari susur galur negeri yang sama, Kedah.

Dia dah pindah sebelum aku ke tanah Kedah.

Aku follow dia next year. In shaa Allah.

Kaki moto sama aku ami eja dilah najwa usha dayana dll.

Rindu dah jarang dapat jumpa :(


dlah, usha, eja, jah



         
Pengembaraan dan perjalanan hidup kita sudah,sedang dan akan menyusul.

Teman yang sukar dicari ganti seperti kalian.

# Jangan lupa aku wahai teman. Jadikanlah persahabatan kita ni kekal di dunia dan akhirat. Tak kira apa pun yang berlaku, aku sentiasa di sisi hampa semua. Much much love XOXO!!



Sunday 27 January 2013

kepercayaan

Susah aku nak percaya orang. Macam-macam ragam. Macam-macam kerenah. Macam-macam perangai. Manusia ni ada macam-macam jenis. Memang la semuanya nampak sama, bak kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Berlandaskan prinsip inilah, "TIDAK MUDAH PERCAYAKAN ORANG" baru individu tersebut dapat survive dengan kehidupan yang sebenar. Jangan terlalu percayakan seseorang. Kadang-kadang orang yang kita paling percaya tu juga boleh tikam kita senyap-senyap dari belakang. Jadi, berwaspadalah wahai insan. 

fesyen itu satu pembaziran.

Dunia kini bertambah maju seiring dengan teknologi yang semakin canggih. Tidak ketinggalan juga fesyen. Fesyen berubah mengikut aliran masa. Namun apa yang menyedihkan adalah fesyen yang semakin melampau telah diserapkan dan dibudayakan oleh segenap lapisan masyarakat malah kepada anak-anak muda yang kian membesar. Anak-anak muda pada era moden ini semakin hari semakin tenggelam dan hanyut dalam fesyen yang "entah pape" .

Fesyen yang keterlaluan misalnya dari segi pakaian sedikit sebanyak memburukkan pandangan dan merosakkan akhlak generasi yang mentah kini. Terutamanya kaum hawa. Ada yang menampilkan fesyen yang terlalu "OVER" dan terlalu mendedahkan tubuh badan. Sehinggakan sanggup menayangkan "BODY" demi memperagakan fesyen yang kononnya sangat diorang minati dan menjadi trend artis terkini. Oh,alangkah sedihnya golongan ini.

Fesyen ibarat pasir di tepi pantai sekali ombak datang bawak pergi habis dan ibarat nyalaan lilin yang menyala,apabila habis nyalaannya, maka habisah lilin itu. Di mana sesekali sesuatu trend itu datang, maka dalam tempoh-tempoh yang tertentu, trend itu juga akan lenyap begitu juga. Saya sebagai anak muda yang masih melalui zaman remaja juga turut berisiko untuk tidak terlepas dari senario sebegini.

Nauzubillah..... Marilah kita sama-sama berdoa agar terhindar dari segala yang buruk ini.

Wahai anak-anak muda sekalian, sedarlah sebelum terlambat. Jangan tenggelam dalam bahana fesyen yang menjerat diri anda. Bukan sahaja duit anda yang habis, dosa pun dapat kalau dah sampai over sangat fesyen tu haa...



Segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri. Maaf andai kata-kata saya ini mengganggu jiwa anda. Tapi ini cuma pendapat sesama manusia.

# tak mau page dikotori dengan gambar2 yang "entah pape" nehhh. (: